Friday, 2 October 2015

Eire life, intro to everything's thats about to begin!

Bismillah, this will be my first post for the blog *yayy!*

Alhamdulillah sudah sebulan aku berada di negara orang, di bumi yang cukup asing bagiku. Terlalu banyak yang berlaku selama sebulan berada di sini. aku cukup bersyukur kerana diberi peluang antara  beribu ribu orang yang hendak belajar di luar negara, aku salah seorang yg terpilih. alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.

Niat di hati ni... huhuhu nak berkongsi pengalaman hidup di perantauan. nanti bila dah ada anak, boleh lah tunjuk dekat anak, tengok ni, mama pun ada blog! Ramai yang tanya, 'eh, macam mana kau boleh fly lebih awal berbanding students lain?' okay, aku faham kenapa soalan itu. Sebab aku punya persediaan hanya setahun, sebenarnya tak sampai setahun pun. hanya 10 bulan. Aku seorang sahaja pelajar lepasan Matrikulasi KPM (dalam batch aku) yang belajar kat Ireland ni. Memang rasa rendah diri, sedar diri aku ni yang tak sehebat pelajar lain yang buat IB, A level semua tu. *kui3*

Rezeki Allah tiada siapa yang tahu. malah aku sendiri pun x sama sekali sangka yang aku boleh dpt peluang belajar dlm bidang kedoktoran ini. rasa diri ini begitu kerdil dengan yang lain. Jadi.... adik2 yang belajar matriks tu jangan down, jgn rasa diri anda tidak berharga ya. Kalau rezeki Allah nak bagi, adik pun boleh dpt peluang belajar oversea ni:)

Okay, so.... inilah dapur rumah aku. *excited nak tunjuk dapur hihihihi*

Universiti aku adalah.... University College Dublin. university terbesar kat Ireland ni. Memang lenguh kaki sikit nak jalan ke mana2 tapi think positive, boleh kurangkan berat badan:0
kampus dia, mashaAllah, sangatlah cantik! Persatuan-persatuan kat sini semuanya sangat aktif. terlalu banyak sebenarnya society yg ada, tapi yg wajib adalah mestilahhhhh...... Malaysian Society! ini mmg semua org malaysia akan join haha. surprisingly, ramai sgt org malaysia kat dublin ni. actually dlm uni pon dah boleh nampak. sbb ke mana2 shj kita pergi akan nampak malaysian:D


so.... inilah pintu depan UCD. 
haaa.... ini pulak pukul 6 lebih nak masuk pukul 7 malam. 

Sebenarnya byk cheq nak cerita, tapi mata dah mmg layu sgt ni. hrp2 lah post yg kecik yg x de makna besar ni dpt bagi motivasi pada adik2 yg juga nak belajar luar negara*baru satu dah ek betul*. 
assalamualaikum, cheerios!

No comments:

Post a Comment